Mengajar Untuk Memimpin
Proses pengajaran berlaku apabila terdapat guru sebagai pengajar dan pelajar sebagai orang yang menerima ilmu yang diajar. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar hal yang berkaitan dengan mata pelajaran semata mata tetapi merangkumi semua batasan pengajaran untuk melahirkan pelajar yang tahu erti kehidupan yang sebenar. Yang paling penting adalah guru harus menerima sesiapa pun yang menjadi pelajarnya dan harus dilayan dengan adil.
Dalam masa yang sama, guru perlu meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang dari masa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi. Matlamat saya sebagai seorang guru bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang akademik tetapi berjaya dalam semua aspek seperti jasmani, emosi, rohani dan interlek. Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara. Di samping itu, melalui profesion ini, saya ingin melahirkan lebih ramai lagi sumber tenaga manusia yang mampu memimpin negara kearah yang lebih baik pada masa hadapan. Selain daripada itu, saya ingin menjadi seorang guru yang berjaya dalam pelbagai bidang dan mampu menyumbang sesuatu yang berguna dalam dunia pendidikan ini. -FARIZ MOHD- |