Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Puan Nazuar Sailin kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang tempoh pengajaran berlansung selama satu semester ini. Banyak perkara baru yang telah kami dapat pelajari. Perasaan saya setelah berjaya menghasilkan projek laman web secara kolaborasi ialah saya berasa gembira dan berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pengalaman menyiapkan projek dalam kumpulan yang besar ini memberi satu pengalaman baru kepada saya. Walaupun permulaannya ada masalah, kami dapat selesaikannya dengan baik.
Berdasarkan hasil kerja yang telah kami lakukan, saya berasa berpuas hati dengan pencapaian kami setakat ini. Walaupun hasil kerja kami tidak begitu memuaskan, namum kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyiapkan laman web ini dengan sebaik mungkin. Namun begitu, banyak lagi perkara perkara yang perlu kami pelajari untuk menghasilkan satu laman web yang baik selepas ini. Apa yang saya rasa perlu diperbaiki dalam pelaksanaan kerja secara kolaboratif didalam kumpulan ialah, semua ahli harus memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan. Kerana hal ini akan menimbulkan masalah jika tiada komitmen dari semua ahli. Penyertaan semua ahli sangat penting bagi melancarkan segala proses yang. Apa yang telah saya pelajari daripada proses pembelajaran berasaskan projek ini ialah, kami belajar bagaimana untuk berinteraksi antara satu sama lain dengan ahli kumpulan dengan berkesan. Bagaimana kami menyelesaikan percanggahan idea dengan betul tanpa menimbulkan pergaduhan dan isu yang tidak baik. Disini saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan lebih baik. Selain itu, pembelajaran berasaskan projek ini memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasi balik apa yang sudah diajar didalam bilik darjah. Sebelum saya mengkuti kursus Pengajaran Berasaskan Laman Web ini, saya beranggapan bahawa kursus ini hanya memberi penekanan kepada bakal guru tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara teori sahaja. Sepanjang kursus ini dijalankan, pelajar akan didedahkan dengan teori teori yang berkaitan dengan pengajaran laman web sahaja. Selepas saya mengambil atau mengikuti kursus ini,, baru saya tahu bahawa kursus ini juga menekan kepada bagaimana untuk mengaplikasi teknologi secara praktikal. Didalam kursus ini, pelajar akan terlibat secara langsung dalam menghasilkan sesuatu projek. Berdasarkan pengalaman saya selama satu semester, kursus ini sangat bagus kerana memberi pengalaman yang sebenar kepada pelajar bagaimana untuk mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan melalui aktiviti yang telah diadakan sebagai contoh team teaching. Disamping itu, projek yang dihasilkan seperti portal perdagangan dan e-portfolio boleh digunakan sampai bila bila. Sebagai bakal guru, penggunaan teknologi dalam pendidikan merupakan sesuatu yang sudah dianggap sebagai keperluan pada masa sekarang. Perkembangan teknologi yang pesat memerlukan guru sentiasa meningkatkan kemahiran pengunaan teknologi dari masa ke semasa. Didalam kursus ini saya didedahkan dengan pelbagai alat alat teknologi seperti web 2.0, pembinaan laman web dan sebagainya. Aktiviti yang diadakan telah memberi saya satu pengalaman yang berguna kepada saya. Tambahan pula, sebagai bakal guru IT, saya akan mengintergrasikan teknologi kedalam pengjaran saya pada masa hadapan. Namun demikian, tidak semua sekolah mempunyai kemudahan teknologi yang mencukupi. Ini menjadi cabaran untuk saya menginteergrasikan teknologi dalam pdp pada masa akan datang. Seperti yang saya cakap tadi bahawa tidak semua sekolah dilengkapi dengan kemudahan ICT yang lengkap. Hal ini memberi sedikit kebimbangan kepada saya kerana untuk ntuk mengintegrasikan Pengajaran Berasaskan Laman web & Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sbeagai contoh, setiap sekolah perlu ada kemudahan teknologi yang lengkap seperti makmal komputer yang mencukupi dan berfungsi dengan baik, capaian internet yang kuat dan kemahiran pelajar untuk menggunakan teknologi dengan baik. Hal ini sukar dipenuhi terutama bagi sekolah sekolah luar bandar. Secara tidak langsung akan memberi satu cabaran kepada saya sebagai guru pada masa hadapan. Akhir sekali, pada pandangan saya,projek pembinaan laman web ini sesuai dilakukan dalam kumpulan yang kecil. Ini akan memudahkan pelajar membuat sebarang keputusan berkaitan laman web tersebut. Jadi, pelajar dapat menghasilkan laman web mengikut keativiti masing masing dan tidak terikat dengan mana mana ahli kumpulan lain. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan pencapaian saya sepanajang mengikuti kursus ini. Terima kasih.
0 Comments
Sepanjang saya melaksanakan projek pembangunan laman web ni secara kolaborasi, saya berasa seronok dan gembira kerana dapat berkerjasama dalam kumpulan yang besar. Setiap orang mempunyai kelebihan masing masing, jadi dengan kerjasama ini, kami dapat menghasilkan satu laman web yang baik. Selain itu, Saya boleh berkongsi idea, pandangan dan maklumat antara satu sama lain. Perkongsian ini sangat penting untuk menghasilkan satu laman web yang menarik. Walaupun pada mulanya ada masalah dalam mereka bentuk laman web, ia memberi satu pengalaman baru dan berguna kepada saya bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul sekiranya berkerjasama dalam kumpulan yang besar.
Untuk pembangunan laman web ini, kami dikehendaki menghasilkan satu portal untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran yang diberi nama portal perdagangan. Untuk menghasilkan satu portal tersebut, kami dibahagi kepada kumpulan yang kecil. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli.Setiap kumpulan akan memilih bahagian masing masing. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua atau wakil untuk berbincang wakil kumpulan lain untuk membuat keputusan. Sebarang keputusan akan melalui wakil kumpulan masing masing. Kami dikehendaki menggunakan web 2.0 dalam proses pengajaran dan pengajaran. Kami perlu fikir cara yang terbaik untuk mengaplikasikan web 2.0 ini supaya ia dapat menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Aktiviti berfikir yang kami lalui dalam menghasilkan laman web ini termasuk lah bagaimana untuk mereka bentuk laman web secara kreatif, cara persembahan yang menarik, memilih tema yang sesuai dan sebagainya. Dalam menghasilkan satu laman web yang baik, kami perlu mengambil kriteria kriteria tertentu sebelum membuat keputusan. Kami perlu mencari maklumat yag betul untuk dimasukkan kedalam portal. Hal ini boleh menyebabkan pelajar menerima maklumat yang salah sekiranya sekiranya maklumat yang kami letak tidak betul. Selain itu, sumber rujukan yang kami ambil harus la betul dan sah untuk megelak daripada masalah plagiat. Maklumat yang kami ambil harus la selari dengan sukatan pelajaran dan memenuhi kehendak pelajar sekolah. Setakat ini saya berpuas hati dengan perkembangan projek tersebut. Semua ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik dalam menghasilkan laman web ini. Keputusan yang dibuat setakat ini baik dan mendapat persetujuan semua ahli kumpulan.Walaupun projek ini tidak siap sepenuhnya, saya berasa gembira dan seronok dan tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti. Pengajaran berasaskan laman web merupakan cara baru pengajaran yang mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Pengajaran berasaskan laman web boleh dilihat sebagai pendekatan inovatif bagi menyampaikan pengajaran kepada pelajar dalam jarak yang jauh dengan menggunakan web sebagai bahan perantara. Pelajar tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada guru didalam kelas untuk belajar. Secara tidak langsung dapat mengaplikasi pembelajaran abab ke 21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara-perkara lain yang telah anda pelajari daripada projek ini ialah bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan yang besar. Setiap keputusan perlu mendapat persetujuan semua pihak. Seterusnya, sntiasa mengambil berat terhadap semua perkara walaupun benda tersebut kecil kerana boleh memberi kesan yang buruk kepada hasil kerja. Sebagai contoh, memberi pengiktiran kepada penulis sekiranya kita mengambil maklumat dari sumber luar. Selain itu, sentiasa mencuba buat benda baru sekiranya kita mampu dan tidak mengambil mudah dalam Sesuatu perkara. Setakat ini, bantuan atau sokongan yang diterima dalam menyiapkan tugasa ini sangat memuaskan. Semua rakan rakan saling bantu membantu antara satu sama lain. Pensyarah juga memberi maklum balas dan sokongan yang berguna. Sekiranya kami membuat salah, beliau akan tegur dengan cara yang baik. Disamping itu, beliau juga banyak dikongsi idea dan membetulkan kesilapan yang kami buat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Secara keseluruhanya, tiada masalah yang besar dalam menyiapkan tugasan akhir ini. Semua berjalan dengan lancar. Pensyarah sentiasa memberi maklum balas dari masa ke semasa. Perkembangan projek masih lagi berada dalam landasan yang betul, Cuma ada sesetengah bahagian kami memerlukan masa yang lebih lama sedikit terutama hal yang berkaitan dengan web 2.0. kami perlu belajar dan selongkar aplikasi tersebut sebelum menggunakannya. Terima kasih
mencipta satu poster yang berkaitan dengan web 2.0 tool dalam pendidikan. Web 2.0 yang kami pilih ialah Trello. Poster tersebut akan dipamer dan dinilai oleh pihak juri dalam majlis tersebut. Pameran ini diadakan di foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Persidangan ini bukan sahaja disertai oleh peserta daripada universiti tempatan malah di sertai oleh peserta daripada universiti luar negara sekitar asian seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Brunei dan lain lain. Persidangan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan penyelidik untuk menunjuk dan membentangkan ciptaan serta produk dan perkhidmatan mereka yang bercirikan inovatif. Ini akan membolehkan peserta berkongsi idea dan ciptaan mereka kepada peserta dari negara yang berbeza. Dalam persidangan ini, terdapat tiga katagori yang dipertandingkan iaitu poster presentation, product presentation, paper presentation. Setiap peserta membuat persembahan yang menarik bagi menarik perhatian juri semasa penilaian dijalankan . Melalui persidangan ini, banyak idea idea baru dapat dikongsi bersama peserta peserta lain melalui inovasi yang dibuat. Selain itu, dapat berkongsi pandangan dan pendapat berkaitan dengan inovasi.
Assalamualaikum. Berdasarkan pengalaman pertama saya menggunakan aplikasi popplet ini, saya berasa lebih seronok dan menarik. Popplet ini membantu saya belajar dengan lebih mudah kerana aplikasi ini lebih memfokuskan peta minda dalam pembelajaran. Di dalam kelas, kami dikehendaki membentangkan satu tajuk pengajaaran secara berkumpulan dengan menggunakan aplikasi popplet ini. Bagi kumpulan saya, aktiviti berfikir yang kami lakukan ialah bagaimana kami hendak meringkaskan nota atau maklumat yang padat dan banyak menjadi ringkas dalam bentuk peta minda supaya memudahkan rakan rakan untuk memahami tajuk perbentangan. Kami perlu memilih bahan bahan yang sesuai untuk menghasilkan satu peta minda yang menarik. Sebagai contoh, penggunaan gambar rajah, video dan sebagainya. Perkara atau kriteria kriteria yang perlu diambil kira dalam menghasilkan peta minda ialah kandnngan, maklumat yang tepat, cara persembahan, dan susunan bahan bahan yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. Selepas kami mengguna applikasi ini, hasil yang diterima adalah positif dan memuaskan. Kami berasa berasa gembira dan berpuas hati dengan peta minda yang kami hasilkan kerana semua pelajar dapat memahami apa yang kami sampaikan. Secara keseluruhannya, saya berasa gembira dan berpuas hati menggunakan applikasi popplet dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun pada mulanya kami mengalami masalah untuk memahami dan menggunakan popplet ini dengan betul. Dengan bantuan pensyarah dan rakan rakan saya dapat menggunakan popplet dengan lebih efektif dan berkesan. Akhir sekali, penggunaan popplet ini dapat memberi saya satu pengalaman baru dalam mengaplikasikan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. |
Blog ini adalah tempat untuk saya berkongsi pengalaman dengan anda semua. Saya mengalu-alukan maklumbalas, cadangan serta komen yang membina daripada anda mengenai bahan-bahan yang dipaparkan.
Penulis |